44 bekas pekerja ladang dapat rumah mampu milik

44 bekas pekerja ladang dapat rumah mampu milik

AMINUDDIN Harun menggunakan jentera penggorek sebagai gimik pelancaran projek Rumah Mampu Milik Taman Kirby dekat Labu di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Masalah kediaman bagi 44 bekas pekerja ladang Sime Darby Plantation di Labu dekat sini yang berlarutan lebih 20 tahun lalu selesai apabila mereka ditawarkan Rumah Mampu Milik (RMM).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri telah bersetuju menawarkan setiap bekas pekerja ladang tersebut pemilikan RMM Jenis A.

Katanya, ia ditawarkan secara pemilikan sendiri atau secara sewa beli dengan subsidi turut disediakan kerajaan negeri kepada bekas pekerja yang layak.

“Pada mulanya harga jualan bersubsidi yang ditawarkan ialah RM45,000. Namun, selepas mengambil kira kemampuan setiap bekas pekerja tersebut yang dilihat memerlukan bantuan, kerajaan negeri telah bersetuju menurunkan harga kepada hanya RM36,000 sahaja.

“Seramai 36 bekas pekerja layak menikmati subsidi ini selepas mengambil kira mereka yang mempunyai pasangan suami atau isteri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Taman Kirby dekat Labu di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah bersetuju memberikan subsidi tambahan sebanyak RM500 iaitu nilai bayaran sewa rumah untuk tempoh 24 bulan atau sehingga projek RMM Taman Kirby itu selesai bagi meringankan beban 13 keluarga bekas pekerja ladang yang tidak mempunyai kediaman sementara untuk berpindah.

Jelasnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan subsidi yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada setiap bekas pekerja ladang tersebut adalah sebanyak RM1.74 juta.

Mengenai projek RMM Taman Kirby tersebut, Aminuddin memberitahu, kerajaan negeri telah meluluskan cadangan pembangunan sebanyak 212 unit yang terdiri daripada pembinaan 100 unit Jenis A dengan harga jualan bermula daripada RM80,000 dan 112 unit Jenis C dengan harga jualan bermula RM370,000.

“RMM Taman Kirby ini terletak bersebelahan jalan utama Seremban-Labu dengan jarak lebih kurang 12 kilometer dari bandar Seremban,” ujarnya.-

 

Beliau berkata, projek itu menelan belanja kira-kira RM40 juta dan pembinaan dijangka mengambil masa selama 24 bulan dengan sasaran siap pada Februari 2024.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya