3,029 kes Covid-19 semalam

3,029 kes Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 3,029 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 28,734 kes. 

Menurut laman Covid Now, daripada jumlah kes aktif itu, 27,358 individu atau 95.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 23 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 1,311 atau 4.6 peratus lagi dirawat di hospital dengan 42 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 33 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, menjadi jumlah korban setakat ini 35,607. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN