KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meraikan kira-kira 200 pengamal media Sabah sempena Hari Raya Aidilfitri semalam.
Majlis anjuran Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap peranan pengamal media dalam membuat liputan program dan aktiviti anjuran kerajaan Negeri terutama sekali yang melibatkan Ketua Menteri.
Pengarah Media dan Komunikasi JKM, Datin Lucy Irene Yong berkata, liputan meluas media, sama ada media cetak, elektronik mahupun portal berkaitan usaha berterusan kerajaan untuk membawa pembangunan di Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) amat besar maknanya bagi membantu rakyat mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian SMJ. -UTUSAN
Ends.
HAJIJI Noor (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pengamal media Sabah.










