fbpx

28 Jun 2022, 8:04 pm

  TERKINI

2 beranak selamat bilik musnah terbakar 

SHAHIDAN Kassim melawat unit kuarters yang terlibat kebakaran di Presint 9, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua beranak terselamat daripada musibah apabila rumah yang diduduki mereka dijilat api dalam kejadian petang ini.

Dalam kejadian di sebuah unit kuarters di Presint 9, di sini, itu, mangsa yang juga ibu dan anak tiada di rumah dan mereka keluar dari rumah berkenaan setengah jam sebelum kejadian itu. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya, Mohd. Afizi Zolkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.37 petang dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian. 

“Sejurus selepas tiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengesan kepulan asap tebal keluar dari rumah berkenaan. Selepas memastikan tiada mangsa yang berada di dalam rumah itu, pihak PKO terus melaksanakan pemadaman kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah bilik utama kediaman dan ia terbakar hampir 10 peratus. 

Mohd Afizi berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian harta benda masih dalam siasatan. 

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim turut berkesempatan melawat kediaman itu pukul 5 petang tadi selain menghulurkan bantuan kepada mangsa. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI