186 peserta sertai kejohanan Woodball sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis

186 peserta sertai kejohanan Woodball sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan kejohanan Woodball terbuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis 2022 di Dewan Sri Semarak Kampus Arau, Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kejohanan tersebut berlangsung di laman Woodball Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra UiTM Arau pada 20 sehingga 22 Mei lalu.

Sebanyak empat pasukan dari Perlis; UiTM (dua); Perlis Titan (dua); Pahang (dua); Johor (tiga); Pulau Pinang (dua); Persatuan Woodball Malaysia (satu); Jabatan Ukur dan Pemetaan (satu); Kuala Lumpur (tiga) dan Terengganu menghantar dua pasukan.

Daripada jumlah itu, 22 pasukan lelaki manakala sembilan lagi adalah pasukan wanita.

Dalam pada itu, seramai 108 peserta menyertai kategori perseorangan lelaki, 45 individu menyertai acara perseorangan wanita, perseorangan remaja (21) dan perseorangan remaja wanita membabitkan 12 peserta.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan pertandingan itu yang diadakan di Dewan Sri Semarak Kampus Arau di sini semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan Rektor UiTM cawangan Perlis, Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Penaung Diraja Persatuan Woodball Perlis bertitah, Persatuan Woodball Malaysia telah merancang dan bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan World Cup Woodball Championship 2020 yang sepatutnya diadakan di Perlis.

“Namun berikutan pandemik Covid-19 yang menyerang dunia, hajat tersebut tidak kesampaian. Kini, Persatuan Woodball Malaysia cuba untuk terus menarik minat orang ramai dengan mengadakan kejohanan-kejohanan di peringkat domestik.

“Ini termasuklah kejohanan terbuka UiTM dan Malaysian National Woodball League yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mana giliran tuan rumah seterusnya adalah Terengganu pada Jun 2022 dan diikuti Perlis sama ada Oktober atau November nanti,” titah baginda.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya