18,535 penguatkuasaan ke atas tuan ternakan sepanjang 2021 - Utusan Malaysia

18,535 penguatkuasaan ke atas tuan ternakan sepanjang 2021

ISMAIL Abdul Muttalib (tiga kiri ) menyampaikan sijil pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli kepada Manan Bujing di Kampung Orang Asli Batu 55 di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Sebanyak 18,534 tindakan penguatkuasaan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara membabitkan haiwan ternakan terbiar sepanjang tahun lalu. 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib, kementerian itu memandang serius sikap penternak yang  membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran seolah-olah tidak bertuan. 

Menurut beliau, seperti. dilaporkan oleh media akhir-akhir ini, banyak kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan kereta berpunca daripada  haiwan berkeliaran di jalan negeri dan persekutuan.

“Oleh itu, masalah haiwan terbiar yang mengancam nyawa pengguna jalan perlu ditangani secara bersepadu demi keselamatan.

“Kementerian melalui mesyuarat Penyelarasan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri menegaskan setiap PBT mempunyai hak penguatkuasaan terhadap haiwan terbiar yang mengancam keselamatan awam dan merosakkan landskap,” katanya selepas jamuan hari raya Aidilfitri bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Batu 55 Jalan Maran-Jerantut di sini hari ini. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Mohd. Sopian Abdul Jalil, Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dan Tok Batin Kampung Batu 55, Batin Jantan Bujing.

Ismail berkata, selepas tangkapan haiwan oleh PBT agensi berkenaan akan mengeluarkan notis kepada pemilik untuk menuntut haiwan peliharaan mereka. 

Jelasnya, jika tiada tuntutan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari, haiwan terbabit akan dilupuskan secara jualan dan hasilnya dimasukkan ke akaun PBT. 

Dalam perkembangan berkaitan beliau yang juga Ahli Parlimen Maran memberi jaminan kebajikan masyarakat Orang Asli dilayan sama rata dengan etnik lain di negara ini. 

“Di daerah Maran terdapat beberapa perkampungan Orang Asli seperti Kampung  Batu 55, Kampung Embus, Kampung Bangas, Kampung Paya Besar, dan Sungai Jempol  dilengkapi kemudahan asas air dan elektrik 24 jam,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya