180 tabika, taska ditutup akibat penularan HFMD - Utusan Malaysia

180 tabika, taska ditutup akibat penularan HFMD

MAHDZIR Khalid (baju Melayu biru muda) berbual dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kemas negeri Pahang di Universiti Kolej Yayasan Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 180 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara ditutup akibat penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), setakat Jumaat lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penutupan  10 hari itu dikuatkuasakan selepas mendapat nasihat  pejabat kesihatan negeri masing-masing.

“Berdasarkan laporan  Kemas, sebanyak 105 premis yang ditutup adalah membabitkan tabika manakala 75 premis lagi adalah taska.

“Setakat Jumaat lalu, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan dua negeri tidak terlibat dengan penutupan tabika dan taska Kemas kerana tiada jangkitan HFMD di negeri terbabit. 

“Di Pahang terdapat empat premis membabitkan tabika dan taska yang diarahkan tutup selepas  berlakunya penularan penyakit HFMD,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kemas negeri Pahang di Universiti Kolej Yayasan Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, kanak-kanak tabika dan taska Kemas akan diasingkan sekiranya didapati mempunyai gejala HFMD.

Katanya, tindakan pantas tersebut akan dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN