11 penunggang motosikal pamer aksi bahaya ditahan

11 penunggang motosikal pamer aksi bahaya ditahan

AKSI 'superman' dua penunggang motosikal menerima padah apabila berjaya ditahan polis dalam Op Samseng Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) serta Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara mempamerkan aksi berbahaya di lebuh raya, 11 penunggang motosikal termasuk dua warga Indonesia ditahan polis di beberapa lokasi di Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi tadi kerana terlibat dalam kegiatan lumba haram.

Kesemua lelaki berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang menjalankan Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) serta Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas).

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, seramai 21 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi bermula pukul 11 malam hingga 9 pagi tadi.

“Ketika pemantauan dilakukan di Lebuhraya Plus, pasukan melihat dua motosikal ditunggang secara bersaing sambil melakukan aksi ‘superman’ dan ‘zig zag’ bermula dari Kilometer (KM) 269.8 sehingga KM271 arah Kuala Lumpur.

“Pasukan yang mengekori kedua-dua penunggang berjaya menahan mereka ketika berhenti berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban pada jam 1.40 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi sama anggota turut menahan empat lelaki yang berlumba dan melakukan aksi berbahaya di KM37.6 sehingga KM43 Lekas arah Seremban.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di kawasan parkir Jalan KLS 2 Taman Seri Paroi dan belakang premis Jalan Lavender Heights, Seremban pada pukul 2.10 pagi.

“Pada pukul 2.30 pagi, pasukan menahan pula lima lagi lelaki di Jalan Rasah Prima, Seremban, selepas didapati melakukan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri di sepanjang Lebuhraya Plus bermula dari KM263 sehingga KM258 arah Seremban,” jelasnya.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sebanyak 36 saman dikeluarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.