11 maut, 1,943 kemalangan dalam lima hari di Selangor

11 maut, 1,943 kemalangan dalam lima hari di Selangor

KADAR aliran trafik lebih tinggi berbanding biasa ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam.

Jumlah itu merangkumi sebanyak 1,943 kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Azman Shariat berkata, statistik terbaharu pihaknya merekodkan satu kematian dan 293 kes kemalangan semalam.

“Kita mengharapkan jumlah itu tidak mencatatkan peningkatan dan terus terkawal sepanjang 10 hari Op Selamat sehingga 8 Mei ini.

“Pengguna jalan raya perlu memastikan segala peraturan sentiasa dipatuhi sekaligus mengelak daripada menjadi mangsa nahas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain memaklumkan  sebanyak 8,361 kemalangan berlaku membabitkan 10,869 kenderaan di seluruh negara sehingga semalam.

Sepanjang tempoh lima hari itu, sebanyak 89 kematian turut dicatatkan termasuk 13 kes terbaru.

Dalam pada itu, jelas Azman, aliran trafik di Selangor terutama melibatkan kawasan bandar masih lancar setakat ini.

“Pemantauan mendapati aliran trafik lancar dan berkemungkinan faktor ramai  pulang ke kampung. Aliran bagaimanapun agak tinggi di beberapa kawasan di Kuala Selangor namun keadaan masih terkawal,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN