10 kes dikesan antipencatutan

10 kes dikesan antipencatutan

AZMAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 kes daripada 6,702 premis perniagaan yang diperiksa di peringkat borong dan runcit dikesan melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 (SHMMP-HRP 2022) dari 26 April sehingga 4 Mei lalu.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, kesalahan-kesalahan yang dikesan melibatkan kegagalan mematuhi keperluan tanda harga dan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum.

“Sehubungan itu, penguatkuasaan ke atas pelaksanaan SHMMP-HRP 2022 ini diteruskan di seluruh negara sehingga tamat tempoh pelaksanaan skim pada 10 Mei ini.

“Di samping itu, penentuan harga maksimum ayam dan telur akan terus berkuat kuasa sehingga 5 Jun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN