YP, Beyond4 sasar 2,000 jaminan pekerjaan berpendapatan tinggi

YP, Beyond4 sasar 2,000 jaminan pekerjaan berpendapatan tinggi

KIRA-KIRA 100 orang hadir ke majlis memperkenalkan program jaminan kerjaya yang merupakan kerjasama antara Yayasan Pahang dan Beyond4 di Hotel Zenith di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Pahang (YP) dan Beyond4 mensasarkan sehingga 2,000 graduan yang mampu memiliki pekerjaan berpendapatan tinggi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasi YP, Abd. Razak Abu Musa Saari berkata, usahasama tersebut dijangka mampu menaiktaraf kehidupan khususnya anak Pahang, yang bakal mempunyai kerjaya sesuai mengikut kelulusan mereka. 

“Program-program Jaminan Kerjaya yang ditawarkan itu adalah program SAP Profesional Program, Launchpad 360 dan Emerging Technology. 

“Program-program ini dapat menambahkan kemahiran teknikal graduan dalam bidang teknologi bersesuaian dengan kehendak industri sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan di pasaran kerja. 

“Tambahan pula, paling menarik adalah tawaran gaji lumayan itu nanti yang mengikut pasaran kerja yang tersedia untuk graduan lepasan program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Program Memacu Talent dan Startup menerusi ekosistem Beyond4 di Hotel Zenith di sini semalam.

Turut hadir, Penasihat Beyond4, Datuk Mohd. Nizar Mohd. Najib dan Ketua Pegawai Eksekutif Beyond4, Rubaneswaran.

Mengulas lanjut, Abd. Razak berkata, jalinan kerjasama tersebut seterusnya turut mensasarkan 20 syarikat perusahaan ‘start-ups’.

Sehubungan itu katanya, program Startup Pre-Accelerator dianjurkan itu merupakan  program usahawan digital yang julung kali diadakan di Pantai Timur.

“Dengan melahirkan Startup baharu itu nanti dapat menjana pendapatan ekonomi setempat sekali gus menawarkan pelbagai servis digital kepada masyarakat.

“Dengan usahasama organisasi ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menghapuskan pengangguran dalam kalangan belia sekali gus menaiktaraf sosioekonomi masyarakat pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya