Yadim didik golongan remaja berdakwah

Yadim didik golongan remaja berdakwah

TUAN KAMARUL Arief Tuan Soh (empat dari kanan) bergambar selepas menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa dan pelajar di Masjid Al-Husna, di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Golongan remaja di peringkat sekolah menengah akan turut dilatih oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerja-kerja dakwah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, usaha itu merupakan misi untuk menyebar luas kegiatan dakwah menerusi kegiatan kebajikan, pendidikan dan sosial.

“Selain penuntut universiti swasta dan awam, golongan ini merupakan kumpulan sasar yang kita akan dekati secara berterusan.

“Kita akan melatih kumpulan ini agar mereka memiliki kesedaran dan mengambil tanggungjawab untuk menyebar luas agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf di Masjid Al-Husna, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood dan Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang.

Dalam majlis itu, seramai 60 keluarga yang terdiri dalam kalangan B40, anak yatim dan asnaf menerima sumbangan beras, minyak, kelengkapan sekolah dan wang tunai.

Tuan Kamarul Arief berkata, sehingga kini, kira-kira 10,000 belia di seluruh negara sudah berdaftar dan aktif bersama Yadim menerusi Rakan Siswa Yadim, Rakan Belia Yadim dan Rakan Remaja Yadim. 

“Kebanyakan mereka berusia antara 15 tahun sehingga 21 tahun akan menjalani pelbagai program dan menjadi sukarelawan dalam berdakwah bersama Yadim. 

“Setiap negeri kita menyediakan peruntukan sehingga RM50,000 untuk mengadakan program dakwah setiap tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya