UMNO Tangga Batu pertahan Sulaiman kekal Ketua Menteri

UMNO Tangga Batu pertahan Sulaiman kekal Ketua Menteri

MOHAMAD ALI Mohamad berucap pada program moreh sempena lawatan Sulaiman Md. Ali ke Parlimen Tangga Batu di Baitul Tariq, Klebang Permai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: UMNO Bahagian Tangga Batu menyatakan pendirian tegas menyokong kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali untuk terus kekal menjadi Ketua Menteri hingga habis penggal.

Ketua Bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, pihaknya berdiri teguh dan akan mempertahan Sulaiman menerajui kerajaan negeri kerana yakin dengan kemampuannya.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu wajar diberi peluang untuk terus menerajui Melaka selepas Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri apabila memenangi pilihan raya negeri (PRN), November lalu.

“Seluruh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu menyatakan pendirian tegas tanpa berbelah bagi untuk terus menyokong dan mahu Sulaiman menjadi Ketua Menteri sehingga tamat tempoh sepenggal.

“Ini sumpah kita walau apa yang berlaku, kita akan mempertahankannya kerana tidak ada orang yang layak menjadi Ketua Menteri melainkan beliau,” katanya pada program moreh sempena lawatan Ketua Menteri ke Parlimen Tangga Batu di Baitul Tariq, Klebang Permai, malam tadi.

Mac lalu, sebuah portal mendakwa, kedudukan Sulaiman goyah berikutan wujud cubaan untuk menjatuhkan beliau oleh ADUN kerajaan sendiri.

Dalam pada itu, Mohamad Ali menambah, sebarang usaha untuk menggantikan Sulaiman dilihat sebagai tidak wajar.

“Kita seluruh kepemimpinan di peringkat bahagian di negeri ini sewajarnya menyokong Sulaiman untuk terus kekal menjadi Ketua Menteri sehingga habis penggal.

“Tempoh yang panjang itu bolehlah beliau merancang pembangunan ekonomi dan negeri, selain dapat menunaikan semua janji dalam manifesto pada PRN Melaka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya