Tukang jahit mula sibuk siapkan tempahan

Tukang jahit mula sibuk siapkan tempahan

RAMLAH Ibrahim tekun menyiapkan tempahan baju kurung pelanggan menjelang sambutan Aidilfitri Medan Mara, Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAJU kurung biasa, kurung moden, kebaya, jubah dan baju kurung kanak-kanak antara pakaian popular digayakan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menjelang ketibaan 1 Syawal awal bulan depan, tukang jahit mula sibuk menyiapkan tempahan baju kurung yang lazimnya menjadi pilihan utama wanita beragama Islam negara ini.

Antara yang tidak menang tangan menyiapkan tempahan baju pelanggan ialah pemilik RI Collection, Ramlah Ibrahim yang beroperasi di Medan Mara, Kuala Lumpur.

Butiknya yang ditubuhkan sejak 22 tahun lalu mendapat lebih 100 tempahan pasang baju sempena sambutan Aidilfitri tahun ini daripada para pelanggan tetap dan baharunya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN