Tiga remaja maut berlumba

Tiga remaja maut berlumba

MAYAT mangsa kemalangan jalan raya membabitkan tiga remaja di Jalan Delima, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga remaja maut manakala seorang lagi cedera parah setelah motosikal dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri di Jalan Delima, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, tiga mangsa terbabit telah tercampak di atas jalan dan terlanggar batu di bahu kiri jalan, manakala seorang lagi mangsa jatuh di batu di bahu kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku membabitkan empat orang remaja yang berlumba di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kemalangan yang berlaku itu melibatkan tiga buah motosikal yang dinaiki mangsa berusia 15 hingga 17 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa menunggang dan membonceng motosikal masing-masing telah bersaing sesama sendiri sehingga bergesel dan berlaku kemalangan. 

“Akibat daripada insiden tersebut, tiga mangsa telah tercampak di atas jalan dan terlanggar batu di bahu kiri jalan manakala seorang lagi jatuh di batu di bahu kanan jalan. 

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah remaja berumur 15 dan 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. 

“Polis menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang masih di bawah umur supaya tidak membenarkan mereka terlibat dengan aktiviti lumba haram,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN