Tiada unsur jenayah, kanak-kanak jatuh pangsapuri hiperaktif - Utusan Malaysia

Tiada unsur jenayah, kanak-kanak jatuh pangsapuri hiperaktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki ditemukan maut selepas terjatuh di Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kanak-kanak berusia 6 tahun 6 bulan itu ditemukan mati dalam keadaan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan, tingkat 2, pangsapuri berkenaan.

Kata beliau, pemeriksaan secara fizikal oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak, siku dan betis.

Jelas Abd. Khalid, ketika kejadian ibu mangsa berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapanya berada di kuil.

“Menurut ibu mangsa, kanak-kanak berkenaan sedang bermain permainan video bersama tiga lagi adik-beradik yang lain sebelum dia menyedari ketiadaan mangsa.

“Ibunya telah mencari di serata rumah sebelum menemukan mayat anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Abd Khalid, mangsa merupakan kanak-kanak mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau hiperaktif.

“Siasatan masih dijalankan dibawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terjatuh dari tingkat 11 kediamannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.55 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN