Tiada kuarantin untuk kontak rapat tanpa gejala

Tiada kuarantin untuk kontak rapat tanpa gejala

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontak rapat bagi individu tanpa gejala dan bergejala tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 22 April ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu terlibat perlu mematuhi beberapa protokol ditetapkan.

“Dalam tempoh lima hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif Covid-19, kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak dan elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi.

“Selain itu, hendaklah memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, bagi kontak rapat bergejala masih perlu menjalani kuarantin.

Tambahnya, individu berkenaan digalakkan menjalani ujian RTK kendiri pada hari gejala bermula dan seterusnya melakukan sekali lagi pada hari ketiga.

“Jika mana-mana keputusan ujian RTK adalah negatif dan gejala berkurangan, kontak rapat boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar.

“Kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak, elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi, memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya