Terengganu tidak sekat Mohd. Khairuddin beri kuliah di masjid, surau

Terengganu tidak sekat Mohd. Khairuddin beri kuliah di masjid, surau

KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan Pas Terengganu tidak menghalang Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyampaikan kuliah di mana-mana masjid atau surau di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, bekas pemimpin Pas itu boleh menjalankan aktiviti berkenaan sekali gus menafikan dakwaan yang timbul baru-baru ini.

“Tiada (sekatan) kerana jemputan dibuat oleh pihak masjid dan surau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, timbul dakwaan kononnya masjid dan surau di Kuala Nerus diminta membatalkan program kuliah termasuk kuliah Ramadan yang disertai Mohd. Khairuddin atas arahan pihak tertentu dalam Pas kawasan itu.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan arahan itu tidak melibatkan Pas negeri.

Sebelum ini, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang kini bergelar Ahli Parlimen bebas itu aktif memberi kuliah di masjid dan surau di sekitar Terengganu sejak sekian lama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN