Tekong dikhuatiri hilang di Pulau Kapas - Utusan Malaysia

Tekong dikhuatiri hilang di Pulau Kapas

BOT bernombor pendaftaran TRF 1027 yang dinaiki Wan Mustapha Ayob yang dikhuatiri hilang di Pulau Kapas, Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang tekong warga tempatan dikhuatiri hilang manakala dua awak-awak selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Kapas di Marang, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Wan Mustapha Ayob, 62, bersama dua rakannya menangkap ikan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan tempatan kelas B bernombor pendaftaran TRF 1027 itu dilaporkan tenggelam di kedudukan lapan batu nautika di Pulau Kapas.

Katanya, KM Redang segera diatur gerak sejurus selepas Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima maklumat.

“Kedua-dua awak-awak itu bagaimanapun sempat diselamatkan kerana memakai jaket keselamatan.

“Usaha mengesan dan mencari mangsa yang disyaki hilang diteruskan lagi dengan bantuan nelayan tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya