Suffian Ketua JSJ Terengganu baharu

Suffian Ketua JSJ Terengganu baharu

ROHAIMI Md. Isa (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri baharu antara Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar (kiri) dengan Suffian Sulaiman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri baharu berkuat kuasa, hari ini.

Suffian menggantikan Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan, Peperiksaan dan Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara Suffian dan Mohd. Marzukhi disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Rohaimi berkata, sepanjang menerajui JSJ sejak 17 Jun 2020,  Mohd. Marzukhi berjaya menangani kes jenayah di Terengganu.

Katanya, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 150 kes jenayah curi diikuti 120 kes (pecah rumah) dan curi motosikal (64 kes) dilaporkan di Terengganu. 

“Jumlah itu masih rendah jika dibandingkan dengan kontinjen negeri-negeri lain, justeru saya berharap momentum baik ini dapat diteruskan Ketua JSJ baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pemakaian pangkat Asisten Komisioner kepada Suffian yang sebelum ini berpangkat Superintenden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya