BUKIT MERTAJAM: Syarikat pengeluar makanan sejuk beku popular, EB Frozen Food Sdn. Bhd. menawarkan pelbagai hadiah menarik menerusi program Spot EB Raya Roving Truck yang kini berlangsung di lokasi-lokasi terpilih.
Penolong Pengurus Pemasarannya, Tracy Loh berkata, orang ramai berpeluang memenangi beraneka hadiah melalui penyertaan permainan interaktif yang dijalankan.
Katanya, objektif utama penganjuran program terbabit untuk menggembirakan pelanggan dan sesiapa saja boleh menyertai permainan biarpun tidak membuat sebarang pembelian.
“Selain berinteraksi bersama pengunjung, kita turut memperkenalkan produk baharu iaitu ‘popcorn chicken’ yang terdiri daripada dua perisa iaitu perisa asli dan tom yam.
“Bagi pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM30 ke atas berpeluang menyertai Spend & Win yang menawarkan hadiah utama wang berjumlah RM1,088 yang akan dikreditkan menerusi ‘e-wallet’ khusus buat tiga pemenang bertuah.
“Selain itu, hadiah lain yang ditawarkan termasuk periuk mini serbaguna elektrik malah lebih menarik, pelanggan turut akan menerima sampel ‘popcorn chicken’ dan nuget ayam tempura,” katanya ketika ditemui di JMS Freshmart di Bukit Tengah, di sini semalam.
Tambahnya, Pasukan Roving EB akan meneruskan jelajah ke Semenanjung esok dengan berada di pasar raya TT Fresh Mart, Xin Seng Vege dan TF Value Mart di Sungai Petani, Kedah.
“Ahad nanti kami akan singgah ke Pasaraya Karnival (Jerai) Sdn. Bhd.; Sri Jayamas Food Sdn. Bhd. dan Billion di Alor Setar, Kedah.
“Kami akan berada di setiap lokasi selama dua jam sahaja dan diharapkan orang ramai akan merebut peluang ini untuk menyertai aktiviti yang ditawarkan bermula 25 Mac sehingga 16 Mei depan,” katanya. – UTUSAN










