janaan sisa pepejal

Sisa pepejal dijangka meningkat sempena Aidilfitri

TEO Kok Seong (tengah) bersama Mohd. Norlisam (dua dari kiri) dalam sidang akhbar Strategi Operasi Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 di Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd.(SWM Environment) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah janaan sisa pepejal di Negeri Sembilan sempena Aidilfitri akan datang.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, peningkatan tersebut didorong jangkaan ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut lebaran kali ini.

“Pihak kami menjangkakan peningkatan jumlah janaan sisa pepejal terutama pada tiga hari kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri melibatkan 287 lokasi tumpuan di negeri ini. 

“Kutipan sisa pepejal menerusi pelan strategi kami pada Aidilfitri akan memfokuskan pemantauan kebersihan di sembilan bazar Aidilfitri yang dilaksanakan pada Hari Raya bagi mengelakkan isu lambakan sampah yang tidak diuruskan dengan baik oleh pihak penganjur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar Strategi Operasi Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan negeri, Teo Kok Seong dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad. 

Sementara itu, katanya, seramai 1,134 pekerja dengan sejumlah 165 kenderaan serta jentera akan terlibat dalam pelan strategi operasi tersebut di lapan buah kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 1 hingga 5 Mei ini.

“Pihak kami juga menempatkan seramai 67 pekerja yang akan memulakan tugas seawal pukul 6 pagi di pantai tumpuan orang ramai di Port Dickson bagi memastikan pantai-pantai tersebut sentiasa dalam keadaan bersih,” katanya.

Sementara itu, Kok Seong memberitahu, terdapat dua kawasan akan mengalami anjakan pada jadual kutipan sisa pepejal dalam operasi tersebut iaitu di Seremban dan Nilai. 

“Di Seremban melibatkan kawasan Senawang 1, Mambau, Rasah, Seremban 3, Rasah Jaya, Templer, Labu, Rasah sisa pepejal yang dikutip pada 1 Mei. 

“Di Nilai iaitu Nilai Impian, Semarak,Pajam,Mantin, Kota Seriemas, Bandar Enstek, Pekan Nilai, Gadong, Labu, Seremban Jaya, Bandar Seremban Selatan, Bandar Baru Senawang sisa pepejal akan dikutip pada 1 Mei,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya