hubungan Johor dan Singapura

Singapura rakan strategik utama Johor pasca pandemik

ONN Hafiz Ghazi ketika mengadakan pertemuan secara maya dengan Desmond Lee berhubung pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Singapura adalah rakan strategik utama Johor dalam usaha negeri ini mengalami proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, negara republik berkenaan juga merupakan antara pelabur asing utama bukan sahaja di Malaysia tetapi khususnya di Johor.

“Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee mengucapkan tahniah kepada Johor atas kelancaran pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura pada 1 April lalu.

“Selain itu, kami turut bincangkan pelbagai langkah proaktif bagi meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara lebih-lebih lagi selepas pintu sempadan dibuka,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, perkara lain turut dibincangkan mereka berdua dalam mesyuarat secara atas talian itu termasuklah agenda Joint Ministerial Committee Iskandar Malaysia-Singapura.

“Johor dan Singapura mempunyai hubungan yang baik dan erat sejak sekian lama. Malah, ramai rakyat Singapura dan bangsa Johor juga mempunyai pertalian saudara, semoga hubungan erat ini akan terus diperkukuh pada masa akan datang,” ujarnya.

Bermula Jumaat lalu, semua pengembara yang lengkap vaksinasi sama ada dari Malaysia atau Singapura bebas merentas sempadan kedua-dua negara itu seperti biasa tanpa perlu menjalani kuarantin dan ujian calitan ketika pra pelepasan atau semasa ketibaan.

Keputusan itu dicapai hasil kata sepakat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selain faktor peralihan daripada pandemik ke endemik kedua-dua negara.

Sempadan Malaysia-Singapura yang menjadi laluan darat tersibuk di dunia ditutup sejak 18 Mac 2020 ekoran penularan Covid-19 yang melanda sehingga mengakibatkan ratusan ribu rakyat negara ini yang bekerja di sana terkandas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN