Sektor pelancongan perlu titik berat aspek keselamatan

Sektor pelancongan perlu titik berat aspek keselamatan

LEE LAM THYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor pelancongan negara perlu menitikberatkan aspek keselamatan terutama dalam setiap aktiviti luar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini sehingga mengancam nyawa dan keselamatan pelancong.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu perlu diambil apabila negara ketika ini dalam usaha memulihkan ekonomi sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

“Saya menggesa sektor pelancongan lebih berhati-hati apabila pelancong tempatan dan asing menuju ke destinasi kegemaran mereka dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar seperti mendaki gunung, menyelam skuba serta mengharungi jeram.

“Ini penting bagi mengelak kejadian yang membabitkan nyawa dan keselamatan pelancongan terancam. Kita sedang berusaha memulihkan ekonomi sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat wabak sebelum ini.

“Justeru, sangat diharapkan kita memberi yang terbaik dalam segala aspek khususnya keselamatan bagi memastikan sektor pelancongan mendapat sambutan dan diterima baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media berhubung nasib menimpa empat penyelam warga asing ketika menyertai aktiviti selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, Johor, Sabtu lalu.

Lam Thye juga berharap polis telus dalam melaporkan segala bentuk kecuaian yang berlaku dalam insiden terbabit supaya ia dapat menjadi pedoman dan pengajaran kepada sektor pelancongan selepas ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya