Segera bertindak kawal harga barang - PH

Segera bertindak kawal harga barang – PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan digesa segera bertindak mengawal harga barang yang dikatakan melonjak di luar kawalan ketika ini. 

Gesaan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) yang menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera menjalankan penguatkuasaan menyeluruh di seluruh negara.

“Sebagai contoh, tepung gandum kini dijual pada harga RM3 sekilo, 50 sen lebih mahal. Susu pekat dijual RM3.80 iaitu 60 sen lebih mahal.

“Begitu juga cili padi kini dijual RM25 sekilo.Sebelum ini harganya RM17 sekilo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Jawatankuasa itu menambah, kerajaan juga kelihatan gagal mengawal harga ayam di pasaran.

“Hari ini, ayam dijual RM10.50 sekilo melebihi harga kawalan yang ditetapkan Kerajaan pada harga RM8.90 sekilo,” katanya. 

Jawatankuasa tersebut terdiri daripada wakil-wakil rakyat parti-parti komponen PH termasuk PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah). 

Ia dianggotai oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus; Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail. 

Selain itu, jawatankuasa tersebut turut dianggotai Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Norhayati Bachok; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris dan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN