"Saya tidak perlu minta maaf'

“Saya tidak perlu minta maaf’

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf kepada Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil selepas didakwa memfitnahnya berhubung isu dokumen PasLeak.

Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak melakukan kesalahan yang memerlukannya untuk meminta maaf terhadap Isham.

“Saya tak ada buat salah, pasal apa nak minta maaf? Saya bukan ‘dok’ jaja dokumen sampah dan suruh orang buat sumpah laknat terhadap dokumen tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau saya buat kerja itu, saya patut minta maaf kepada orang ramai dan kepada pihak yang didesak buat sumpah laknat itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Isham dalam laman Facebooknya yang menuntut supaya Muhammad Sanusi memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam, kerana didakwa memfitnahnya berhubung isu dokumen PasLeak.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kelmarin, Muhammad Sanusi mendakwa, beliau berasakan dokumen tersebut dibuat laskar siber pihak tertentu yang mahu mendapatkan kepentingan daripada kewujudannya.

Beliau menamakan Isham sebagai contoh individu yang mempunyai kepentingan atas dokumen tersebut dengan bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu juga dikatakan sedang menggunakan dokumen itu.

Muhammad Sanusi menambah, beliau sama sekali tidak peduli dengan apa yang dikatakan Isham kerana mereka berdua langsung tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Amatlah membuang masa dan tidak ada faedah melayan ikan seluang yang cuba menjadi baung dengan bergayut kepada dokumen sampah.

“Dia nak buat apa, itu dia punya pasal. Saya banyak kerja lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×