Sarawak mula suntikan kedua dos penggalak mulai 22 April ini

Sarawak mula suntikan kedua dos penggalak mulai 22 April ini

DOUGLAS Uggah Embas (kiri) menerima kunjungan Dr. Ooi Choo Huck di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak akan mula pemberian suntikan dos penggalak kedua bermula 22 April ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pemberian suntikan kedua dos penggalak itu akan diberikan kepada dua kategori penerima yang layak.

“Kategori pertama yang layak menerima suntikan kedua itu adalah individu yang berumur 60 tahun dan mempunyai komorbiditi yang di anggap berisiko tinggi.

“Keduanya adalah individu yang mempunyai imun badan yang lemah atau lebih dikenali sebagai (imunocompromised) yang berumur 12 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Tambahnya, program vaksinasi bagi suntikan kedua dos penggalak tersebut juga akan dilakukan di semua Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di klinik kerajaan, hospital dan klinik swasta.

Uggah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut menggesa mereka yang layak untuk terus menghubungi pusat vaksinasi berdekatan untuk membuat temu janji.

Sementara itu, beliau turut menambah sehingga 19 April, seramai 1,879,748 atau (91%) golongan dewasa di Sarawak berumur 18 tahun ke atas telah menerima dos kedua vaksin Covid-19.

“Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, kira-kira 275,699 (92.6%) telah lengkap dos vaksin.

“Pada masa yang sama, seramai 84,677 atau 38% kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dos pertama mereka, manakala, seramai 1,637, 167 atau 90% individu yang layak di negeri ini telah menerima dos penggalak mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, seramai 181,589 lagi individu yang layak yang belum menerima dos sedemikian untuk tampil mendapatkannya segera dalam mengawal jangkitan Covid-19 di negeri ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN