KUCHING: Sarawak akan mengguna dananya sendiri untuk membeli ubat antiviral Paxlovid sebagai tambahan kepada bekalan daripada Kementerian Kesihatan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Menurut Sim, Kementerian Kesihatan telah membeli 48,000 dos oral anti -Covid-19 Paxlovid untuk seluruh negara.
“Saya difahamkan bekalan ubat berkenaan sudah mula sampai di Malaysia dan Sarawak sejak Sabtu lalu,” katanya beliau pada satu sidang media selepas merasmikan Matlamat Pembangunaqn Lestari (SDG) di Kota Samarahan, hari ini.
Bagaimanapun, katanya bekalan 48,000 dos itu berkemungkinan tidak mencukup untuk bekalan ke seluruh negara.
Sebagai persiapan, katanya Sarawak perlu membeli bekalan tambahan supaya semua hospital utama di negeri ini boleh dibekalkan dengan ubat berkenaan.
“Premier kita (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) selalu menyatakan bahawa kerajaan negeri bersedia untuk membeli ubat yang baik yang boleh melindungi dan menyelamatkan nyawa rakyat negeri ini.
“Kita amat berminat untuk membeli dos tambahan Oral Covid-19 untuk rakyat Sarawak supaya semua hospital utama di negeri ni dapat dibekalkan dengan ubat berkenaan,” tambah beliau.
Sehubungan itu, malam ini beliau akan mengikuti mesyuarat zoom bersama Pfizer dan pakar-pakar perubatan tempatan mengenai penggunaan dan pembelian ubat berkenaan.
“Itulah sebabnya kadar kematian bukan yang tertinggi di dalam negara sementara ICU (unit rawatan rapi) tidak penuh walaupun negeri kita mencatat kes positif Covid-19 yang tinggi.
“Itulah komitmen premier kita menggunakan wang kerajaan Sarawak untuk rakyat Sarawak (membeli ubat merawat penyakit Covid-19,” katanya.
Beliau menambah, kerajaan amat bimbang dengan penularan Covid-19 memandangkan ia adalah penyakit berjangkitan kerana ia baru merebak sejak dua tahun lalu dan tiada yang pasti apa akan terjadi dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang.
“Malam tadi saya meneliti data dan mendapati 78 peratus kanak-kanak di negeri ini sudah divaksinkan.
“Saya faham tugas memvaksinkan kanak-kanak ini agak rumit difahamkan bahawa kira-kira 78 peratus ibu bapa mereka perlu hadir untuk menandatangani surat surat kebenaran dan dalam.masa yang sama ibu bapa pula sibuk,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa yang terlepas kesempatan membawa anak masing-masing ke klinik kesihatan supaya segera membawa mereka ke pusat vaksinasi yang masih dibuka dan memberi vaksinasi secara percuma.
Katanya, walaupun peratusan kanak-kanak di Sarawak yang sudah divaksinkan adakah yang tertinggi di negara ini, iaitu 78 peratus, namun beliau percaya bilangannya boleh ditambah.- UTUSAN