Saksi: Bella didera setiap hari, dipukul setiap malam - Utusan Malaysia

Saksi: Bella didera setiap hari, dipukul setiap malam

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, penderaan yang dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap remaja Sindrom Down, Bella berlaku setiap hari.

Malah, Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan bekas penghuni Rumah Bonda berkata, penderaan itu berlaku pada setiap malam selama kira-kira tiga bulan.

“Ia berlaku dari Mac 2021 hingga Jun 2021. Selain disimbah air panas, Bella juga dipukul setiap malam.

“Saya dan Aida (penghuni Rumah Bonda) turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella,” katanya ketika disoal peguam Farhan Maaruf. 

Ketika ditanya mengenai karakter Bella, Yasmin menjelaskan bahawa dia menunjukkan perubahan sikap yang ketara sejak tinggal bersama Siti Bainun.

“Dahulu Bella happy (gembira) dan suka bercakap, tapi lepas itu dia takut dengan Siti Bainun. Takut dia marah, bila nak keluar bilik pun dia tengok-tengok dulu,” katanya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya