PETALING JAYA: Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang terlalu luas menimbulkan kebimbangan ahli-ahli parlimen dan menyebabkan perkara tersebut perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mereka membangkitkan agar undang-undang itu yang membabitkan soal kebebasan berpersatuan perlu diperinci dikhususkan untuk anggota Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, justeru penubuhan…