RM5.4 juta baik pulih stadium hoki Wisma Belia Indera Mahkota

RM5.4 juta baik pulih stadium hoki Wisma Belia Indera Mahkota

TI Lian Ker (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat Minggu Karnival Belia dan Sukan Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Padang hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dekat sini, memerlukan peruntukan dianggarkan berjumlah RM5.4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melalui surat rasminya membuat permohonan berhubung perkara itu semalam.

Menurutnya, padang hoki itu antara lokasi tumpuan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa sejak 2009. 

“Memang saya ada terima permohonan MBK, pentadbir dan penyelaras stadium hoki Indera Mahkota untuk naik taraf dan baik pulih berjumlah RM5 juta. 

“Kementerian memberi sokongan dan memproses (permohonan) ini secepat mungkin dan kita akan lakukan kerja-kerja pembaikan asas terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat penganjuran minggu Karnival Belia dan Sukan Kuantan di bangunan MBK, di sini hari ini.

Minggu karnival belia dan sukan dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 26 Jun ini di Dataran MBK dan Padang Kemunting bersebelahan kompleks MBK, Jalan Tanah Putih di sini. 

Sebanyak 11 acara dijangka diadakan sepanjang karnival itu dan  menyasarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan menyertai pelbagai program dan acara disediakan penganjur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN