Remaja maut, motosikal ditunggang terbabas, dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Remaja maut, motosikal ditunggang terbabas, dilanggar kereta

SEORANG remaja lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 4, Jalan Juasseh Terusan-Bahau, Kuala Pilah malam tadi. - GAMBAR/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Juasseh Terusan-Bahau di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa, Muhammad Haziq Aiman Norazmi, 18, beralamat di Felda Serting Hilir 4, Bandar Seri Jempol disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal Jenis Honda Dash yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Juasseh menghala ke Bahau. Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai mangsa hilang kawalan dan terjatuh di lorong bertentangan.

“Dalam masa yang sama datang Perodua Axia dari arah Bahau menghala ke Juasseh terus melanggar motosikal tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN