‘Ramai yang lompat parti berbahas, harap mereka insaf’

[PARLIMEN] ‘Ramai yang lompat parti berbahas, harap mereka insaf’

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyindir  wakil rakyat supaya tidak bercakap mengenai integriti namun diri sendiri melompat parti demi kepentingan diri. 

Melihat kepada ramai pembahas terdiri daripada mereka yang melompat parti, Bung Moktar berharap ada keinsafan dalam diri mereka dan tidak mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan.

Katanya, tindakan wakil rakyat itu menjadikan negara huru-hara dan ketikdakstabilan politik berlaku kerana tidak menerima keputusan apabila bertukar kerajaan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

“Saya tengok ramai sahaja yang lompat parti, berbahas hari ini. Harap mereka ada keinsafan. Kerana  perbuatan merekalah negara ini jadi kucar-kacir, malu di peringkat antarabangsa.

“Sebab mereka ini penjenayah pengkhianat penipu, tipu rakyat tipu parti. Dia bertanding guna parti punya duit, sudah menang, lompat. Kalau nak lompat bagi dia tengok video monyet tempat tinggi-tinggi. Cukuplah lompat tempat ini. Biar rakyat hukum mereka. 

“Kita tidak perlu lagi wakil rakyat yang tidak ada integriti tapi bercakap ‘wah’, parti dia menerima orang lompat-lompat. Apa ini? Saya tak minat dah. Saya tidak suka pemimpin cakap tetapi tidak suruh serupa bikin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN