Rabies: Lelaki 85 tahun dijangkiti, kes kedua Selangor - Utusan Malaysia

Rabies: Lelaki 85 tahun dijangkiti, kes kedua Selangor

PESAKIT berusia 85 tahun dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas disahkan dijangkiti rabies di Kuala Langat, kelmarin dan menjadikan ia kes kedua di Selangor setakat ini.

Kes terbaharu itu melibatkan pesakit berusia 85 tahun yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, lelaki itu dimasukkan ke wad selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang kerana masalah anaemia (pucat).

Katanya, pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai luka di kaki kanannya yang tidak sembuh sejak dua bulan lalu.

“Sejak dua minggu lalu, lelaki itu turut mengadu sakit kepala dan hilang selera makan selain tingkah lakunya yang berubah. Sampel cecair tulang belakang (CSF) dan biopsi nuchal telah dilakukan kelmarin dan disahkan positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Sha’ari, keadaan pesakit berkenaan kini stabil dan masih dirawat di wad isolasi HTAR.   

“Lelaki itu mempunyai sejarah digigit anjing liar di kawasan kediamannya di Pulau Carey dua bulan lalu. Rawatan sudah diambil di beberapa klinik swasta sehingga ia dirujuk oleh Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang ke HTAR,” jelasnya.

Tambah beliau, jangkitan rabies pada manusia dapat dielakkan dengan mencuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan lain menggunakan air mengalir dan sabun selama 15 minit.

“Jika anjing atau kucing peliharaan didapati berubah menjadi agresif, orang ramai perlu segera mendapatkan rawatan di klinik haiwan dan melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Selain itu, sebarang kematian haiwan peliharaan yang tidak diketahui punca perlu dilaporkan kepada DVS untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kata Sha’ari, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan terus memantau situasi rabies dan berkongsi maklumat terkini dengan DVS bagi memastikan langkah pencegahan atau kawalan jangkitan dilaksanakan secara komprehensif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya