PTPTN seru peminjam terima tawaran diskaun

PTPTN seru peminjam terima tawaran diskaun

AHMAD Dasuki Abdul Majid (tiga dari kanan) menerima cenderamata dari Mohamad Isa (dua dari kiri) dalam Program Imarah Ramadan PTPTN bersama IPT 2022 di Politeknik Port Dickson, Port Dickson, hari ini. - FOTO/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta kepada peminjamnya supaya mengambil peluang tawaran diskaun bayaran balik yang akan tamat pada 30 April ini.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid, peminjam yang berhasrat untuk mendapatkan diskaun itu perlu menggunakan aplikasi MyPTPTN atau 64 cawangan di seluruh negara.

“Kali terakhir kami beri diskaun seumpama ini pada tahun 2018. Jadi kami menggalakkan peminjam mengambil kesempatan ini. Peminjam yang berhasrat untuk mendapatkan pengesahan penuh pinjaman boleh membuat permohonan pengesahan baki pinjaman melalui MyPTPTN.

“Selepas membuat pembayaran dan pelarasan peminjam juga boleh dapatkan cetakan baki hutang di dalam aplikasi MyPTPTN. Pembayaran menggunakan aplikasi lebih mudah, cepat dan selamat,” jelasnya.

Beliu berkata demikian dalam sidang akhbar dalam Program Imarah Ramadan PTPTN  bersama IPT 2022 di Politeknik Port Dickson, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Politeknik Port Dickson, Mohamad Isa Azhari.

Pada program berkenaan, PTPTN mengagihkan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk kepada pelajar dan kakitangan Politeknik Port Dickson, komuniti setempat dan pasukan barisan hadapan.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November tahun lalu sehingga 30 April depan

Diskaun meliputi sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman serta diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Diskaun 10 peratus pula diberikan untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN