PETALING JAYA: Strategi pembangkang untuk bergabung di bawah satu payung besar bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan hanya memakan diri sendiri, malah dilihat bercanggah dengan prinsip parti masing-masing. Penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, konsep kerjasama itu hanya akan membuatkan pengundi tegar BN untuk keluar mengundi beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada gabungan itu pada PRU15. Selain itu, katanya, protes dalaman sudah tentu berlaku…










