Presiden PKR

Presiden PKR: Anwar menang tanpa bertanding

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan PKR kali ini selepas tidak dicabar sesiapa, sekali gus mengekalkan jawatan sebagai presiden bagi penggal 2022 hingga 2025.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

“Mengulangi sejarah Pemilihan PKR 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR.

“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar Ibrahim,” katanya.

Selepas keluar dari penjara, Anwar, 75, dilantik sebagai Presiden PKR pada 18 November 2018, dua bulan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada 14 Mei 2020 dan Ketua Pembangkang pada 18 Mei 2020, tiga bulan selepas peristiwa Langkah Sheraton.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.