Posmen maut kereta dipandu bertembung Hilux - Utusan Malaysia

Posmen maut kereta dipandu bertembung Hilux

KEADAAN Perodua Viva yang terlibat kemalangan di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang posmen maut setelah kereta dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah Toyota Hilux di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Nurazreen Faizal Zul, 30, yang memandu Perodua Viva meninggal dunia di Hospital Slim River ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Slim River menghala ke Bidor.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan.

“Sebuah kereta pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berada di laluan Sungkai menghala ke Slim River tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dirujuk ke Hospital Slim River untuk rawatan manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bertugas di Pejabat Pos Tanjung Malim bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River pada pukul 8.30 malam.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kereta dipandu mangsa terbabas dan masuk ke lorong bertentangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.