Polis siasat aduan guru pukul murid tahun empat di Bentong

Polis siasat aduan guru pukul murid tahun empat di Bentong

ZAIHAM MOHD. KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid perempuan Tahun Empat didakwa dipukul seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, seorang lelaki berusia 40 tahun yang merupakan bapa murid berkenaan membuat aduan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini. pada pukul 9.59 malam, 11 April lalu.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati murid itu dipercayai dipukul seorang guru lelaki berusia 50 tahun. 

“Mangsa  dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan dan doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul di bahagian belakang badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, siasatan polis juga mendapati kecederaan murid itu berpunca dipukul dengan tangan oleh seorang guru di bahagian belakang.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menasihati semua pihak jangan membuat sebarang spekulasi sementara dalam siasatan pihak polis.

Jelasnya, sebarang penyaluran maklumat berhubung kejadian itu, orang ramai bolehlah menghubungi Bilik Gerakan IPD Bentong menerusi talian 092222222 atau mana-mana balai polis berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN