Polis cari pemandu kereta Singapura memandu secara melulu

Polis cari pemandu kereta Singapura memandu secara melulu

TANGKAP layar sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura yang memotong secara melulu dari sebelah kiri dipercayai di Jalan Sungai Rengit berhampiran Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Padah tunjuk lagak di Malaysia dengan memandu secara berbahaya, seorang pemandu yang membawa kenderaan nombor pendaftaran Singapura kini sedang dicari pihak polis.

Polis Kota Tinggi sedang mengesan pemandu kereta berkenaan selepas tular video kenderaan itu dipandu secara melulu di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mengesan satu video tular berdurasi 41 saat yang memaparkan sebuah kereta berwarna emas dipandu dalam keadaan berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu.

Katanya, kejadian disyaki berlaku di Jalan Sungai Rengit menghala ke Bandar Penawar itu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Aksi berbahaya itu berjaya dirakam oleh orang awam dan telah dimuat naik ke laman Facebook pada 3 April yang lalu. Susulan rakaman itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sedang mengenalpasti pemandu kenderaan yang terlibat.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan maksimum RM15,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya