Polis baru terima 9 permohonan permit jual bunga api

Polis baru terima 9 permohonan permit jual bunga api

SHAFIEN Mamat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Prihatin Ketua Polis Kelantan di belakang Masjid Bandar Tumpat, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Polis Kelantan setakat ini menerima sembilan permohonan daripada peniaga untuk mendapatkan permit menjual bunga api apabila negara memasuki fasa peralihan endemik 1 April lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, sebelum beroperasi, peniaga bunga api perlu mendapatkan permit dikeluarkan pihaknya terlebih dahulu bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

“Setakat ini polis sudah menerima sembilan permohonan dan kita masih dalam proses untuk mengeluarkan permit tersebut.

“Hanya bunga api jenis Pop-Pop dan Happy Boom dibenarkan dijual kerana ia tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Program Ziarah Prihatin Ketua Polis Kelantan sambil mengagihkan bantuan berupa barang dapur dan wang tunai kepada lima keluarga mangsa kebakaran di belakang Masjid Bandar Tumpat di sini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, mana-mana peniaga yang ingin menjual bunga api perlu mendapatkan bahan tersebut daripada dengan pembekal berlesen.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan bunga api tanpa permit kita minta segera laporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan sewajarnya,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN