PM rai 700 pengamal media - Utusan Malaysia

PM rai 700 pengamal media

ISMAIL Sabri Yaakob menerima cenderamata dari Kelab Media Putrajaya pada majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 700 pengamal media dari pelbagai organisasi diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Ia sebagai menghargai peranan media sebagai jambatan antara kerajaan dan Keluarga Malaysia dalam menyampaikan segala maklumat dan informasi ke arah pembangunan serta kesejahteraan di negara ini.

Pada masa sama, media turut berperanan membantu mengetengahkan isu atau permasalahan dihadapi rakyat untuk perhatian kerajaan selain mempromosikan pembangunan negara kepada semua lapisan masyarakat.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri beramah mesra dengan petugas media termasuk ketua pengarang dan editor, yang diadakan di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Seramai 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri, daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta Rumah Anak Yatim dan Asnaf Raudhatul Al-Faeez turut diraikan pada majlis tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN