PM diingat berunding dengan PN tentu tarikh bubar Parlimen - Utusan Malaysia

PM diingat berunding dengan PN tentu tarikh bubar Parlimen

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar berunding dengan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu di dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan bersama Ismail Sabri di Sri Perdana, Putrajaya semalam.

“Saya juga antara lain mengingatkan Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan pertemuan pimpinan PN bersama Perdana Menteri juga membincangkan hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. 

Katanya, Ismail Sabri dalam pertemuan itu menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam Kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan beliau dan pimpinan parti-parti anggota PN telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa. 

Yang hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN