Pintas Utama rai anak yatim Semenanjung Malaysia

Pintas Utama rai anak yatim Semenanjung Malaysia

MARHALIM Mohamed menyerahkan sumbangan bernilai RM20,000 kepada warden Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Abdul Rahman Ramlan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat kontraktor bumiputera, Pintas Utama meraikan anak yatim dan golongan serba kekurangan di seluruh Semenanjung menerusi program Ziarah Kasih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Marhalim Mohamed berkata, Pintas Utama berpegang teguh dengan prinsip menyantuni golongan serba kekurangan kerana percaya dalam setiap rezeki yang dikurniakan itu terselit rezeki insan lain.

“Ia adalah program tahunan Pintas Utama yang dilaksanakan sebagai usaha menggalakkan semangat bersedekah dan kami menyasarkan lebih banyak rumah anak yatim untuk dibantu berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, program Ziarah Kasih itu dijalankan di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka serta bakal diteruskan lagi secara berkala sepanjang tahun iaitu satu bulan satu negeri di Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah serta Pulau Pinang.

Katanya, Pintas Utama mengambil inisiatif tersebut bagi meringankan bebanan selain menzahirkan rasa kasih sayang dan memberi keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Menerusi kerja-kerja kebajikan ini, Pintas Utama sentiasa komited dalam memastikan tiada insan tercicir dan sama-sama menikmati rezeki yang dikurniakan Allah dan membuktikan manusia ini semua sama di sisi Allah.

“Pintas Utama sentiasa prihatin dan bersedia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan pada bulan Ramadan serta bulan-bulan lain kerana manfaat dan kebaikannya cukup besar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN