Pilih individu berintegriti - Presiden Putra

Pilih individu berintegriti – Presiden Putra

IBRAHIM ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut melanda Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) baru-baru ini susulan pengumuman keluar parti oleh ahlinya, tidak menjejaskan parti itu malah membuka ruang untuk menyusun barisan kepemimpinan lebih mantap.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau mahu memberi fokus untuk mengangkat parti itu supaya mampu menjadi pilihan rakyat.
“Ini bukan mengenai keluar parti atau tidak. Pembubaran itu membuka ruang untuk kita melantik barisan badan perhubungan negeri yang mampu untuk terajui parti ini dengan penuh kesetiaan dan rasional.

“Tidak betul untuk kata parti ini kini lumpuh sedangkan kita dapat peluang untuk baiki serta meningkatkan usaha mengangkat visi parti,” katanya ketika dihubungi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini, media melaporkan, Putra Melaka lumpuh apabila empat ketua bahagian di negeri itu bersama 500 ahli mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Ibrahim menegaskan, beliau mahu memberi fokus untuk memperbaiki kepemimpinan parti selain mahu menyediakan kumpulan calon pemimpin yang mesra rakyat menerusi setiap pendekatan yang boleh dibawa parti itu.

Menurut beliau, keputusan ahli dewan tertinggi (ADT) membubarkan perhubungan Putra Melaka adalah untuk memberi ruang penyusunan semula kerana kepemimpinan yang lemah dan wujud persoalan integriti.

“Bila digugur, melenting dan buat perjumpaan dengan media yang mengandungi fitnah serta maklumat tidak benar,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×