PH tidak tutup pintu rundingan dengan Bersatu

PH tidak tutup pintu rundingan dengan Bersatu

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) tidak menutup pintu rundingan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persefahaman politik antara parti boleh dibuat dalam pelbagai bentuk supaya tidak berlaku pertembungan seperti yang berlaku dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk Melaka dan Johor.

“Buat masa ini tidak berbangkit. Sama sekali tidak berbangkit, tetapi tidak bermakna tutup pintu sepenuhnya, sebab pendekatan politik PKR adalah bersedia untuk meneroka sebarang potensi kerjasama dalam apa jua bentuk.

“Kalau tidak dapat dalam bentuk kerjasama, mungkin boleh buat persefahaman politik, ada banyak cara kita boleh buat,” katanya ketika ditemu bual eksklusif di pejabat PKR.

Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikecam hebat oleh beberapa pemimpin politik apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Bersatu itu pernah meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Namun, selepas itu, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membuat membuat kenyataan berkaitan perkara itu dengan mendedahkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut ada menghubunginya, dipercayai bagi membentuk kerjasama baharu menjelang PRU-15.

Bagaimanapun, Shafie berkata, beliau sudah memberikan kata putus untuk menolak permintaan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN