PUTRAJAYA: Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat MH2664 ke Tawau semalam terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana mengalami masalah teknikal.
Perkara itu dimaklumkan Malaysia Airlines menerusi kenyataan rasmi di laman sosial, hari ini.
Menurutnya, juruterbang membuat keputusan berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penumpang.
“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April lalu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan,” katanya.
Katanya, pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pukul 5.03 petang semalam. – UTUSAN