Penyanyi ditahan pukul bekas isteri - Utusan Malaysia

Penyanyi ditahan pukul bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penyanyi ditahan hari ini selepas dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.

Penahanan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.

Bagaimanapun, menurut beliau, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

“Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa.

“Susulan itu, lelaki itu ditahan di kediamannya hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya