Penjawat awam Perak dapat duit Aidilfitri RM1,000

Penjawat awam Perak dapat duit Aidilfitri RM1,000

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua hampir 8,000 penjawat awam negeri dan buat julung kalinya turut memberikan imbuhan kewangan itu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, semua penjawat awam negeri bagi semua gred perjawatan termasuk kakitangan kontrak akan menerima imbuhan sebanyak RM1,000 seorang.

“Turut menerima bantuan khas tersebut adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan(OBJ), pegawai sambilan harian dan Tok Batin.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas Aidilfitri akan turut disalurkan kepada bekas ADUN dengan kadar RM500 seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Saarani, penyaluran bantuan khas tersebut akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan ini iaitu pada 25 April ini.

Jelas beliau, bantuan khas berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.9 juta dan akan memanfaatkan 7,907 penjawat awam negeri Perak.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.