Penerbangan ihsan bomba bawa Orang Asli Pos Lenjang ke hospital

Penerbangan ihsan bomba bawa pesakit Orang Asli Pos Lenjang ke hospital

ANGGOTA bomba dan penyelamat membantu pegawai perubatan mengangkat Bah Hong Tingkah ke atas ambulans untuk dibawa ke Hospital Lipis selepas penerbangan ihsan bomba mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim di Lipis, Pahang. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang lelaki Orang Asli yang mengalami sakit kritikal ke Hospital Lipis, di sini hari ini. 

Pesakit berkenaan, Bah Hong Tingkah, 60, dilaporkan mengalami bengkak di seluruh anggota badan sudah hampir empat bulan sehingga menyebabkan warga emas itu tidak boleh bergerak.

Ketua Zon Tiga, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, pesakit tersebut yang tinggal di Kampung Bandar, Pos Lenjang diterbangkan oleh helikopter bomba dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, JBPM mulai pukul 1 tengah hari.

“Penerbangan Medevac Alpha menggunakan pesawat AW189 (9M-BOE) yang terdiri daripada lima krew dan seorang pesakit sepanjang penerbangan dalam keadaan cuaca berawan serta berjerebu dan selamat mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, bandar Kuala Lipis pada 3.51 petang. 

“Warga emas ini kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Perubatan dari Hospital Lipis yang sedia menunggu di lokasi pendaratan untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrul Nizam berkata, memandangkan keadaan penyakit penduduk Orang Asli itu semakin kritikal perlu segera mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Lipis,” ujarnya.

Jelasnya, pesawat JBPM terus dipanggil untuk melakukan operasi penerbangan ihsan membawa warga emas itu dari Pos Lenjang ke Kuala Lipis kerana kedudukan geografi tempat tinggalnya jauh di pedalaman Ulu Jelai dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN